macam mane cara korang jawab telifon ek..meh sini kita check..
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau
sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak
awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye
saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor
323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh
disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal
rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu
memberikan perkhidmatannye... time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya
nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda
ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih
menjawab betul le tu.
12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak
tepon.salam kite wajib jawab)
Thursday, 13 September 2012
Friday, 7 September 2012
kerja-kerja
ASSALAMMUALAIKUM..kawan-kawan sekalian..
umm..today aku just na cerita something yang aku x jangke aku boley buat..
Hari ney aku dah buat dua pekerjaan dalam 1 hari..
penat jugak.. tgk macam senang..huhu
sekarang baru aku tau betapa penat dan susah untuk menjadi orang yang berjaya.
SETIAP KEJAYAAN TAK AKAN DATANG DENGAN MUDAH..
Wednesday, 22 August 2012
APA YANG PERLU KITA PAKAI??????

Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah r.a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi.Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

p/s
: kepada semua muslimat yang mebca artikel ini harap dapat muhasabah
diri dalam kita menjaga aurat sebagai seorang muslimah. janganlah kita
sengaja memberi peluang kepada orang lain dalam menfitnah kita.
sebaik-bainya adalah kita cuba membawa diri dalam menjadi umat NABI
MUHAMMAD yang lebih sempurna daripada sebelumnya. SEBELUM ITU, saya
bukanlah orang terbaik untuk membuat perubahan keatas diri orang lain,
tetapi saya cuba untuk mebentuk diri saya dan rakan-rakan menjadi
muslimah ISLAM sejati insyaALLAH, "wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah"
SUMBER : http://halaqah.net/

taraf pakaian bagi seorang wanita ISLAM
CARA DUDUK RASULULLAH SAW
Berikut ini adalah beberapa cara duduk yang pernah dicontohkan Rasulullah SAW:
Berikut ini adalah beberapa cara duduk yang dilarang Rasulullah SAW:
|
Duduk bersila:![]() Duduk qurfasha: ![]() Duduk bertinggung: ![]() Duduk iftirasy: ![]() Duduk tawarruk: ![]() |
- Duduk Qurfasha ketika mendengarkan khutbah Jum’at.
- Duduk berselonjor atau bertelekan tangan ke belakang ketika mendengarkan khutbah Jum’at.
- Duduk bertelekan dengan sebelah tangan.
- Duduk bersandar miring ke arah sebelah sisi badan ketika sedang makan. Duduk ini adalah duduk seperti duduknya orang-orang yang sombong. Lagipula duduk ini ketika makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dicerna dengan baik.
- Duduk di kuburan muslim. Namun tentang hal ini, ada pula yang menyatakan bahwa duduk yang dimaksud adalah duduk ketika buang hajat di kuburan muslim (lihat referensi di bawah)
Thursday, 16 August 2012
new work new life
dulu kehidupan aku cume sebagai front office assistant je..
tiap-tiap ari keje..
sekarang dah tak keje tiap2 ari..huhu
pengalaman baru..tempat keje baru..kawan baru..uniform baru..style baru..pendek kata..semua baru..
tapi..perangai je la cam dulu..x ubah2..
urm.............
kadang-kadang rindu jugak kawan2 at tempat keje lame..
tapi..apakan daya.ini jalan yang aku pilih.
inginkan kehidupan yang lebih baik.(ceh wah)
eh..k la.xna merapu byk2.sampai sini je la dulu..na g sambung wat keje.
-will be continue
tiap-tiap ari keje..
sekarang dah tak keje tiap2 ari..huhu
pengalaman baru..tempat keje baru..kawan baru..uniform baru..style baru..pendek kata..semua baru..
tapi..perangai je la cam dulu..x ubah2..
urm.............
kadang-kadang rindu jugak kawan2 at tempat keje lame..
tapi..apakan daya.ini jalan yang aku pilih.
inginkan kehidupan yang lebih baik.(ceh wah)
eh..k la.xna merapu byk2.sampai sini je la dulu..na g sambung wat keje.
-will be continue
Saturday, 11 August 2012
family..friends..dia dan saya
For today, aku just nak share picture orang2 yang penting dalam hidup ak..
but..
ada jgak picture orang yang penting dalam hidup aku yang aku tak share at sini..
ini sume coz ak tak ada picture dia orang..SORRY.
family..family..family...
ok.. this is my mom and dad..
ada orang ckp muka aku like my mom.it's true??
mybe..tp emak aku lagi cntik..huhu
abah..abah..abah..SAYANG ABAH sgt2..
abah orang paling kacak at Malaysia..hehe
comelkan..kadang-kadang adik-adik aku ni sengal sikit..
same cam kakak dia.. tapi akak dia tak sengal sangat.
(actually aku la kakak diorang tu)
urmmmmmm..for my brother yang dikasihi..
aku tak boleh nak share picture diorang sebab aku tak ada gambar mereka-mereka sekalian..
sorry k abang ku..
friends..fwen..fren..
(eja la cam mane pon..yang penting same meaning)
KAWAN
SAHABAT
we are best friend
urm..ini picture zaman skolah.
cantik tak kami..yang lagi sorang tu tak cntik..tapi hensem..hehe
-rindu kamu semua-
ehem..ehem..dalam tandas pon kitorang sempat amik pic..haha
ini la awek-awek cun kelas aku..
ini picture waktu aku form 6..
name je form 6 tapi perangai cam budak-budak..
eh..asal lak ada gambar ni??
dia..dia..dan dia..
ini la jejaka yang selalu buat ak bahagia..
selalu ada ketika suka dan duka.
walaupon tak hensem tapi DIA dah buat hidup ak penuh dengan makna.
i..my..me..mine..
orang lain study..
aku sibuk bergambar..
apa nak jadi la..
tapi tak pon..hohoho
ok..thats all from me..hehe
kepada kawan-kawan yang tak ada picture dia at sini aku nak mintak maaf awal2.
bukan lupe kan korang tapi aku tak ada picture korang.
Tuesday, 7 August 2012
kenangan hidupku
Assalammualaikum..
urm..hari ni tak ada pape yang best pon nak share.. just ni je yang mampu share at sni..
Geisha - Kenangan Hidupku lyrics
jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh dan sendiri
tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis
*
kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik hatiku butakan hatiku
kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu
mungkin karnaku terlalu mencintaimu
ku terluka
reff:
kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku
kembali ke *
kembali ke reff
biarlah ku simpan
menjadi kenangan hidupku
kembali ke reff [2x]
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku
urm..hari ni tak ada pape yang best pon nak share.. just ni je yang mampu share at sni..
Geisha - Kenangan Hidupku lyrics
jika ku hadir untuk disakiti
biarlah ku pergi jauh dan sendiri
tanpa ada kamu siapapun di sini ku menangis
*
kebodohanku telah anggap dirimu
kan baik hatiku butakan hatiku
kau pergi saja tak ku tahu, ku tlah layu
mungkin karnaku terlalu mencintaimu
ku terluka
reff:
kemana ku berlari
kemana aku kan pergi
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku
kembali ke *
kembali ke reff
biarlah ku simpan
menjadi kenangan hidupku
kembali ke reff [2x]
ku cintai namun benci
caramu mencintaiku
Saturday, 4 August 2012
kamu bagaimana???
Baru-baru ni aku ade terbaca satu artikel yang berkaitan dengan kecanduan buku..erm....kecanduan terhdap buku tentu sekali bermakna mempunyai tabiat luar biasa untuk membeli, membaca, menyimpan dan mengagumi buku yang cenderung berlebihan disebut sebagai biblioholism, sedangkan orangnya disebut biblioholik.
Antara dua jenis biblioholism ialah bibliomania(gila buku) dan bibliofil (cinta buku)...
so..kamu semua tergolong dalam golongan yang mana???
Antara dua jenis biblioholism ialah bibliomania(gila buku) dan bibliofil (cinta buku)...
- Bibliomania- seseorang membeli buku just utk buat koleksi. Mereka tidak membaca buku yang dibeli, namun berbangga menyimpan buku daripada menyimpan barang-barang yang tidak berfaedah.

- Bibliofil-membeli byk buku dan membaca..(yang ini lebih waras daripada bibliomania) =)
Antara penyakit yang ada kaitan dengan buku:
- bibliotaf (bibliotaph) - terlalu ingin menyimpan buku seaman-amannya.. Golongan ini akan menguburkan buku-bukunya kerana percaya bahawa masa depan manusia akan selamat jika buku karyanya selamat dari persokongkolan penguasa dunia pada saat itu..
- bibliokas (bibliocast) -keinginannya hanya menghancurkan buku..(bila tengak halaman yang menarik , sama ada isinya atau gambarnya mesti kita nak koyakkan atau merobeknya)
- bibliofagi (bibliophagi) -penderita yang memakan buku. Sebahagian orang pernah melakukannya..:membakar buku pelajaran dan abunya dicampur kopi lalu diminum dengan harapan isi buku itu menjunam kedalam otak..
- biblionarsisis (biblionarcissist) - dalam kisah dongeng yunani kuno, Narcissus adalah seorang jejaka yang amat tampan, sampai dai jatuh cinta dengan ketampanan diri sendiri yang dia lihat terpantul dari sebuah kolam. Teru menerus di pinggir kolam, dia tidak makan dan minum,akhirnya mati dan berubah menjadi bunga Narsissis.> biblionarsisis suka mengkoleksi buku- ensiklopedia yang lengkap dengan almari khusus buatnya dan ituv hanya khusus utk berlagak,bermegah-megah.
so..kamu semua tergolong dalam golongan yang mana???
Thursday, 2 August 2012
waktu tidur yang betul...
cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.* tidurlah di awal malam sesudah solat isyak jam 10.00 atau 11.0 dalam keadaan berwuduk.
* bangunlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
* kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
* tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap kedudukan makanan dalam usu, cepat hadham makanan.
* tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur:
1- awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2- selepas masuk waktu asar.
3- tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan
bahaya tidur di siang hari…..
1- mendatangkan penyakit kulit.
2- merosakkan warna kulit
3- melemahkan jantung.
4- menambahkan tekanan perasaan yang meluap
5- melemahkan badan dan tenaga syahwat
6- melemahkan kecerdasan akal.
maka.. kurangkan tidur siang..=)
Wednesday, 1 August 2012
ANTARA TIPS MEMELIHARA CINTA SEJATI YANG TELAH AKU BACA TADI..huhu
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat
berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak
pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang
menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku
mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika
tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan
hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke
arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan
atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan
seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah
bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian
baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan
pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda
terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat
mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda
berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya
sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi
amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan
memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil
berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu
dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak
daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah
tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati
anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi
masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa
diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan
segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek
yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah
sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam
perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan
pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu
menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau
lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya
Sunday, 29 July 2012
My 1st Entry..
Testing..testing..testing... hehehe..
Ok korang semua... Welcome To Me.. hahahah..
Ok this is my first entry.
Tak tau nak tulis apa just nak upload gmbar sahaja...
So harap korang enjoys dgn gmbar-gmbar ni.. hehehehe.. :)
Ok korang semua... Welcome To Me.. hahahah..
Ok this is my first entry.
Tak tau nak tulis apa just nak upload gmbar sahaja...
So harap korang enjoys dgn gmbar-gmbar ni.. hehehehe.. :)
![]() |
sukeeeeeeeeeeeeeeeee |
geng gile2.. |
![]() |
hope that 1 day i have this...;p |
![]() |
my little sis |
1st menu berbuka at workplace |
Subscribe to:
Posts (Atom)