ANTARA TIPS MEMELIHARA CINTA SEJATI YANG TELAH AKU BACA TADI..huhu
1. Pilih pasangan yang sesuai
Janganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat
berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak
pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang
menikmati segalanya.
Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku
mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika
tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
Jangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan
hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke
arah kekecewaan.
3. Percaya akan kelemahannya
Jangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan
atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan
seperti, ‘saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia.
Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah
bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian
baru mengingati aku.’
4. Tutup mulut
Jangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan
pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda
terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat
mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda
berdua.
5. Terima seadanya
Terima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya
sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi
amalkan date night sekali seminggu.
6. Jadi pemerhati
Bersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan
memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil
berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu
dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.
7. Buktikan siapa diri anda
Fokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak
daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah
tersebut berdua.
8. Mr. Right kembali
Sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati
anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi
masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan?
Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa
diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan
segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.
9. Bukan perigi cari timba
Anda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek
yang keras atau seolah-olah berkelakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah
sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam
perhubungan.
10. Hargailah diri sendiri dan pasangan
Hubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan
pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu
menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau
lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya
No comments:
Post a Comment